- Permohonan secara atas talian melalui Sistem E-Tempas HPTP.
- Permohonan secara manual iaitu hadir ke Kaunter One Stop Centre Helpdesk atau hubungi 013-7259307 untuk menyemak kekosongan dan membuat tempahan awal.
- Bagi penganjuran aktiviti/ program berskala besar, pemohon hendaklah mengemukakan Surat Permohonan Rasmi bagi tujuan pemprosesan dan kelulusan. Pemohon perlu juga mengemukakan Salinan Sijil Lifeguard (Pengawal Penyelamat) dan pemohon perlu menyediakan khidmat Lifeguard (Pengawal Penyelamat) bagi sebarang penganjuran aktiviti / program.
- Proses kelulusan mengambil masa Empat Belas (14) hari bekerja dan status permohonan akan dimaklumkan melalui surat/ emel kepada pemohon.
- Pengguna hanya dibenarkan menggunakan fasiliti sukan setelah membuat tempahan dan pembayaran.
- Semua pengguna dikehendaki meninggalkan fasiliti sukan setelah masa sesuatu sesi tamat.
- Pengguna hendaklah memastikan kebersihan fasiliti sukan.
- Pengguna dikehendaki bertanggungjawab dan menjaga semua harta benda daripada dirosakkan dan disalahguna.
- Pihak HPTP tidak bertanggungjawab ke atas keselamatan diri, kehilangan serta kerosakan harta benda semasa menggunakan fasiliti sukan.
- Kegagalan pengguna mematuhi segala syarat – syarat yang disenaraikan boleh mengakibatkan tempahan dibatalkan tanpa sebarang notis.
- Pembatalan penggunaan fasiliti sukan adalah dibawah bidang kuasa pihak Unit Khidmat Fasiliti HPTP.
- Waktu Penggunaan Pusat Akuatik bagi Tempahan Berskala Besar:
Isnin – Jumaat: 8.30 Pagi – 6.30 Petang
Sabtu – Ahad: 8.30 Pagi – 6.30 Petang
Cuti Umum: Tutup




